Tuesday 26 January 2016

ZAMAN KEGEMILANGAN



KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA



TAJUK : KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU  MELAKA
NAMA PENSYARAH : PUAN RAIHAN BINTI AHMAD
JABATAN : PERDAGANGAN
PROGRAM : AKAUNTANSI
KELAS : DAT 1A
NAMA AHLI: SITI ATIKAH BEVE BINTI MOHAMAD FAIZOL
                      (16DAT15F2017)
                     : NAZIFA BINTI ZAMIR (16DAT15F2008 )
                     : PAREMALA A/P RENGASAMY (16DAT15F2022 )




PENGENALAN

Tema ini mengisahkan tentang kemunculan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Suatu tradisi, budaya, politik dan ekonomi yang diwarisi sejak zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini. Kegemilangan kerajaan Melaka telah menarik perhatian pelabur Portugis untuk datang berdagang di Melaka sehingga menyebabkan Melaka jatuh ke tangan Portugis. Keadaan ini telah mengakibatkan Kesultanan Melaka yang masyhur terpaksa berpindah ke Johor. Rentetan daripada peristiwa ini, mereka meneruskan perjuangan untuk menegakkan semula Kegemilangan Melayu Melaka.

 Dengan ini kami menyentuh beberapa faktor yang berkaitan dengan Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. 

Antaranya ialah:

ü Faktor semula jadi
ü Faktor politik
ü Faktor ekonomi




KESULTANAN MELAYU MELAKA

ü Merupakan sebuah kesultanan melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia.

ü Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara.

ü Kerajaan ini juga merupakan pusat anutan & penyebaran agama hindu-buddha serta pengajian Bahasa Sanskrit.

ü Bahasa melayu pada zaman ini dikenali sebagai ‘bahasa melayu kuno’.





PENGASAS KESULTANAN MELAKA


 ØPada 1391, Kerajaan Sriwijaya diserang oleh kerajaan Majapahit keadaan ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan pengikutnya mengundur diri ke Temasik dan Singapura.



                                              PARAMESWARA




Ø Setelah membunuh wakil Raja Siam iaitu Temangi yang mempunyai politik tersendiri dan bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Singapura telah ditawan oleh Parameswara.

Ø  Pada 1398, Ayudhya membuat serangan balas ke atas Singapura sehingga menyebabkan Parameswara dan pengikutnya mengundur diri ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat pelindungan yang baru.

Ø Seterusnya baginda bertapak di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.




PELARIAN PARAMESWARA & PENGIKUTNYA



Ø Sesudah Parameswara tiba di Melaka baginda dan para pengikutnya berteduh di bawah sebatang pokok yang bernama melaka.

Ø Semasa berteduh Parameswara melihat suatu kejadian dimana seekor pelanduk telah menendang dan mengalahkan seekor anjing buruan beliau. 



PERISTIWA KEWUJUDAN MELAKA





Ø Melalui peristiwa ini, beliau telah menamakan Melaka bersempena nama pokok tempat teduhan beliau. Baginda telah memberi nama kepada kerajaan baru beliau iaitu Melaka.

Ø Kerajaan Melaka juga diambil bersempena ‘malaqat’ yang bermaksud 'tempat perlindungan' iaitu dimana tempat Parameswara beristirehat.

Ø Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang menjadi pusat perdagangan yang termasyhur.

Ø Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa kerana mempunyai kelengkapan perahu dan tempat perlabuhan.

Ø Pada 1403, seorang duta dari Negara China iaitu Yin Ching datang ke Melaka dengan membawa hadiah untuk Parameswara.

Ø Pada 1405,  kedudukan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja.

Ø Pada 1409, Laksamana Cheng Ho menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.

Ø Dengan ini, Melaka dapat mengukuhkan kedudukan dan mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China.



No comments:

Post a Comment