Tuesday, 26 January 2016

PENTADBIRAN KESULTANAN MELAKA


PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

v Bagi melicinkan pentadbiran kerajaan Melaka, sultan telah mewujudkan satu sistem pentadbiran yang tersusun yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Berlipat.

v Sistem ini berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

v Pembesar empat ini dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.









JAWATAN
FUNGSI



    BENDAHARA
Ø Bertindak sebagai penasihat kanan raja.
Ø Menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja.
Ø Bertindak jadi ketua hakim semasa ketiadaan raja.
Ø Berperanan sebagai pemilih & pelantik raja.

     PENGHULU       BENDAHARI
Ø Mengawal perbendaharaan negara.
Ø Bertanggungjawab memungut cukai & hasil negara.
Ø Menyimpan daftar hamba raja & ketua bagi semua syahbandar.


   TEMENGGUNG
Ø Pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan  negeri dan keselamatan.
Ø Digelar ketua polis negara.
Ø Menjadi dakwa sekiranya terdapat kesalahan yang mempunyai bukti.
Ø Ketua protokol- dalam soal adat istiadat.



     LAKSAMANA
Ø Pahlawan dalam peperangan (laut).
Ø Digelar ‘raja di laut’.
Ø Mengetuai semua pahlawan kerajaan.
Ø Bertanggungjawab memikul pedang kerajaan dalam upacara rasmi.
Ø Menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.





v Wujud golongan pentadbiran seperti Syahbandar – pegawai pelabuhan, hulubalang besar, panglima perang, ulama mandulika, tentera, mantri, Seri Bija Diraja dan Bentara.

v Sistem ini terbahagi kepada 2 golongan masyarakat iaitu :

a.  Golongan pemerintah
b.  Golongan diperintah

v Pentadbiran di wilayah- wilayah kecil (Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain) pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik ( Mandulika ).

v Terdapat empat orang syahbandar yang bertugas di perlabuhan Melaka iaitu:


a) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Gujerat.
b) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari Bengal, Pegu dan Pasai.
c) Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari kepulauan melayu seperti: ( Jawa, Maluku, Banda Palembang Tanjungpura dan lain-lain.)
d)Syahbandar yang menguruskan pedagang-pedagang dari China, Champa, dan Pulau Liu Kiu.




   FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

-Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu:

ü Faktor semula jadi atau geografi
ü Faktor ekonomi
ü Faktor politik dan pentadbiran



FAKTOR SEMULA JADI ATAU GEOGRAFI

u Kedudukan geografi
a)     terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa-penyambung pasaran pedagang utama dunia iaitu Benua India & China.
b)    Pertumbuhan hasil laut-dijadikan mata wang
c)    Industri hasil laut-makanan (sup) dan perubatan.

u Kedudukan di pertemuan angin monsun utama yang membantu pelayaran iaitu angin monsun barat daya dan angin monsun timur laut.

u Kekayaan sumber asli persekitaran.
a)    Hasil hutan ( kayu kayan)-kayu wangi, dammar dan rotan.

u Orang melayu persisiran -penjual dan pengedaran hasil-hasil hutan.

u Hubungan masyarakat orang asli dengan orang melayu-pertukaran barang (sistem barter).

u Perlabuhan Melaka-kaya dengan sumber galian, khasnya emas.

u Di persisiran pantai Melaka.
a)    Daun nipah-menganyam tikar & atap.
b)    Nira nipah-minuman arak.
c)    Kayu bakau-kayu api.



FAKTOR EKONOMI

« Kedudukan di tengah-tengah jalan perdagangan - dilimpah kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar.
« Kekayaan hasil serantau - rempah, hasil rotan, kayu dan damar.
« Perlabuhan perdagangan utama - perlabuhan intreport.


FAKTOR POLITIK & PENTADBIRAN

Ø Hubungan rapat antara Melaka dengan Negara China – Melaka memperoleh perlindungan politik dan dapat mengelakkan Melaka daripada ancaman Siam.

Ø Mempunyai ciri keselamatan & ketenteraan.

Ø Kewujudan sistem undang-undang-hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka.

Ø Mempunyai sistem perbendaharaan - sistem cukai dan jual belinya.

Ø Bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca).







PENGAJARAN

v Seorang pemimpin seharusnya bijak untuk merancang strategi supaya dapat  membina sebuah negara yang aman.

v Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bijak menggunakan sumber alam yang telah dianugerahkan agar tidak berlaku  pembaziran.

v Kita tidak seharusnya mudah terpedaya dengan hasutan orang lain.

v Kita perlu berusaha mempertahankan negara walaupun apa  pun yang terjadi.

v Kita tidak perlu takut atau gentar dengan apa cabaran atau halangan yang  mendatang kerana setiap individu mempunyai kelebihan dan kekuatan.


No comments:

Post a Comment